Thursday, September 3, 2009

Sometimes Sad, Sometimes Happy.

FRIDAY 4/9/2009

Sometimes SAD,
Sometimes HAPPY.


Ketiadaan roommate (Didie) telah membuatkan saya bosan! Tapi, saya perlu tabah menghadapinya dan saya juga perlulah mengambil langkah yang terbaik supaya saya tidak bosan. Anda juga ya! Jangan biarkan diri anda diselubungi kebuhsanan yang teramat sangat.

Life is just like a wheel.

Terkadang diatas, terkadang dibawah.

First day roommate saya balik, saya sangat susah untuk belajar. Otak tidak berkembang tanpa sosial.

Saya berbuka puasa berseorangan didalam bilik. Bukan tiada teman yang lain, tapi memang malas untuk kemana-mana dan saja mencuba berbuka sendirian. Sebelum berbuka, Ziela ajak turun kebilik yang ada geng-geng yang lain. Tapi saya memang malas. Terima kasih ya Ziela!

Keesokkannya pula, saya ditemani Najwa! Gumbira sungguh saya rasa! Waktu berbuka pun tidak berseorangan dan tidak juga berdua. Tetapi berempat. Putri dan Nadia juga datang menemani.

Yelah! Mungkin mereka kasihankan saya. Semalam ajak lepak berbuka sama, tak dapat join. Kali ini, beramai-ramai. Wahh! Best tau! Terima kasih kawan-kawan ku sayaannggg…!



Malam pula, saya tidur dengan Najwa.

Hari ketiga roommate saya masih tiada. Saya masih ditemani Najwa. Berbuka pula kali ini berenam. Dibilik lama. Ada lagi 3 geng dan 1 akak senior. Gembiranya! Haha... dah macam budak tak pernah ada kawan. Padahal benda biasa jer…

Malam nie juga, Najwa akan temani saya hingga Ahad. Tanak jadi macam semalam lagi! Karaoke sampai pukul 1 pagi. Record suara macam HOT sangat pula suara kami kan?

Tetapi malam ini kami mahu belajar! FIN 344 ! Mentang-mentanglah test yang sepatutnya ada pada hari ini di-postpone-kan...Inilah pelajar-pelajar zaman sekarang. Selagi belum test, memang tak sedar diri. Mama maafkan Nana.


Ok! NAK TIDUR DULU! BYE


p/s : Best woo karaoke! Jika ia bukan minat anda, sila jadikannya sebahagian daripada minat anda mulai sekarang =)

How to express youself in mask?

FRIDAY 4/9/2009

HOW TO EXPRESS YOURSELF IN MASK?

Wah! Semalam I temankan Huda pergi Penawar Rindu iaitu klinik yang dikenali didalam UiTM Segamat ini. Huda… kau sakit lagi yaa?? Alaa…syiannyerrr… *pok *pok tepuk bontot dia…

Baiklah! Mari ke Penawar… Sesampai di Penawar bersama Huda dan Najwa, kami duduk dengan tenangnya. Kemudian, datang seorang pakcik yang juga tukang-beri-obat menghulurkan sesuatu sambil berkata, “Nah. Amik ni untuk berbuka puasa”. Oh rupa-rupanya Face Mask untuk cegah virus H1N1. Pandai ya pakcik ini bergurau…

I memang suka pakcik tu sebab beliau memang sangat ramah dan baik. Sebelum nie pun berborak dengan pakcik tu. Macam tak pernah habis topik! So, I decide not to talk too much with him. Haha! Sebab I masih blur. Baru bangun tidur lah!

Sejurus mendapat mask tersebut, kami pun memakainya dengan bangganya. Percaya? I memang ‘peghak’ gila bila ada mask. I akan pakai sampai lemas. You all paham tak apa maksud ‘lemas’ dalam konteks penceritaan ini? Maksudnya, pakai mask kadang-kadang memberikan kepanasan diantara bibir dan hidung. So, LEMAS !
Dah kata pun ‘peghak’. Memang confirm lah kami bergambar bersama mask tersebut.
I pun ada cadangan bagaimana untuk mengekspresikan dirimu ketika didalam mask.

MARAH.
Kerutkan dahi anda dan tunjukkan isyarat kemarahan.

SENYUM.
Sila lengkungkan mata anda. (Bagaimana?) Pandai-pandai lah yer~

BIASA.
Sila bermata biasa.


Oleh itu, sekiranya anda memakai mask, sila mengikut ETIKA MASK yang dicadangkan ini.



Love you my friends~


Sekian, Wassalam.

p/s : Ada mask lebih tak?

Wednesday, September 2, 2009

PUASA SAYA

WEDNESDAY 2/9/2009

PUASA SAYA

Dah 2 minggu kita berpuasa ya? Sekejap jer masa berlalu. Dah tinggal lagi 2 minggu untuk dihabiskan.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Walaupun baju saya tengah berlambak dalam bakul tu… Saya masih mampu berpuasa dan berbelog. (apa kaitannya?)

Sorry kawan-kawan, saya ingin membuat pengakuan disini. Sebenarnya, first week puasa, saya TIDAK berpuasa. Perkataan TIDAK itu di ‘italic’ kan kerana ianya special.

Minggu ni baru saya mulakan puasa saya. Tapi dah 6 hari laa saya puasa. Banyak juga ya? Ehehe tetap nak tunjuk hebat.

Tapi pada minggu lepas, ramai yang bertanya, “Oit Nana! Ko puasa tak nie?”. Dengan bangga menipunya, saya jawab, “Oihh… mestilah aku puasa!”. Pergi bazaar dalam kat depan Admin UiTM tu pun macam dah 4 hari tak makan. Beli macam-macam.

Apa lagi nak dikata? Saya nie memang agak nakal ya? Semasa pergi kelas yang pertama dalam bulan puasa, saya memakai mask. Mengapa ya?

MINOR REASON =Saya batuk sikit. Risau ya H1N1..!

MAJOR REASON = Saya mengunyah chewing gum didalam mask.

Semasa mass lecture untuk kelas ENT, dah la datang lambat. Lecturer siap cakap, “Ya, selamat datang” kepada saya, Didie, dan seorang lagi pelajar lelaki. Dah laa ucapan itu diluahkan menggunakan microfon. Semua pandang laa… lepas itu, semua muka cam nak siku kepala saya kerana saya poyo sangat memakai mask. Padahal mereka tidak tahu yang saya ini batuk a.k.a. nak mengunyah.

Saya siap mengajak Atirah makan bersama. Sebab dia pun tak boleh berpuasa. Dia hanya mampu gelak dan redha dengan kelakuan kawannya ini…
Sekurang-kurangnya saya tidak tunjuk yang saya ini tidak berpuasa kepada semua orang. (Segelintir je yang tahu).


HISHHH!!!! TAUBAATT!!!


P/s : HAPPY RAMADHAN TO ALL !

ADUAN KEHILANGAN DIDIE !

WEDNESDAY 2/9/2009

ADUAN KEHILANGAN DIDIE !

Didie kemana? Kena culik? Ya! Abang beliau telah menculik beliau untuk pulang ke rumah menyambut kepulangan Kak Ona dari London. Saya ingin membuat aduan tentang kehilangan Didie ini…

Apa yang saya nak adukan?? Aduan saya mengenai KEBOHSANAN KEBOHJANAN DALAM KEDIAMAN INI !

Semalam time Didie balik, saya masih mamai. Hanya byebye Didie & Huda (yang balik bersama kerana tertinggal handphone beliau...ish ish ish). Byebye melalui tingkap jer sebab malas gila nak turun hantar sampai kereta. Saya ulang, saya masih MAMAI…

Lepas mereka pergi, saya rasa sunyi sangat-sangat. Taktau kenapa… Selalu kalau ada Didie ada juga kebisingan kenyaringan kegalakkan beliau. Dah laa petang tu saya tak pergi kelas. Ngantok sangat sampai nak muntah rasanya. (apa kaitan mengantuk dengan muntah?)

Seriously, saya tidak mampu berfikir. Esok kelas FIN 327 dan kelas FIN 320. Saya buat assignment yang lecturer bagi last week.

Dari pukul 9 malam sampai 2 pagi, saya hanya mampu makan dan buat 5 soalan jer. Mungkin inilah yang dikatakan, kalau kita bosan, kita tidak dapat membuat apa-apa. Walaupun tinggal berseorangan mungkin lebih tenang, tapi tidak pada kali ini bagi saya.

Lagi terasa kehilangan Didie bila time berbuka dia hantar mesej, “Nana selamat berbuka!”. Dah laa saya berbuka seorang diri didalam bilik. Walaupun saya tak kisah, tapi saya BOSAAANNN !!! Ada la sikit air mata keluar sebab kesunyian. Sikit jer...

Perempuan itu akan pulang pada hari Jumaat nanti. Itu pun untuk test FIN 344 dan pulang semula ke KL untuk cuti pada hujung minggu. Bukan main berholiday lagi dia ya? Tapi takpelah. Mungkin first day je saya begini. Hari berikutnya saya akan ditemani Najwa dan rakan-rakan yang lain. TENGKIYUP !!!


Kepada Didie : BALIK LAH DOOHHH !!! (Enjoy your holiday bebeh!)

Tuesday, September 1, 2009

RAJIN YA SAYA?

WEDNESDAY 2/9/2009

RAJIN YA?

2 minggu lepas saya balik KL tanpa membasuh sehelai baju pun di kolej. Saya juga malas untuk dukung baju-baju itu didalam beg untuk dibasuh ke rumah kemudian bawa semula ke kolej. Itu mungkin akan dilakukan oleh pelajar-pelajar lain. Tapi, saya TIDAK SAMA SEKALI. (jika naik bas lah).

Kalau naik kereta, memang dah lama dah saya angkut pakaian-pakaian kotor masuk washing machine kat rumah tuh!

Baiklah, berbalik kepada topik KERAJINAN NANA… Saya balik UiTM semula pada minggu lepas (selepas bercuti)…

Kelas, peluh, kotor, busuk eh silap. Saya tidak busuk. Saya bukan manusia busuk =P

Yaa segala masalah diatas menyebabkan baju saya bertambah didalam bakul pakaian dan berkurang didalam almari. Nak buat apa? Hantar dobi?

Oh yea, saya masih ingat, pada hari saya hantar comforter ke dobi, comforter saya tidak wangi langsung. Mungkin budak yang bertugas di dobi pada masa itu lupa untuk memasukkan softener… But what is the purpose of paying more for the softener? FINE! Saya ambil pakaian dari dobi itu dengan sedikit hampa. Takpelah. HALAL TOYYIBAH je lahh dan saya basuh semuanya sekali lagi sendiri.

Bercerita semula mengenai pakaian kotor tadi, saya kumpul semua pakaian-pakaian peluh lenjan saya tadi, dengan seluar, t-shirt, baju kurung, dan apa-apa yang patut dibasuh, saya basuh semuaaaa!!!

Bermula lepas sahur dari jam 5.40 pagi hingga 7.30 pagi. Baru siap! Saya yang bangun awal, saya yang lambat ke kelas.

Yaa… tidak dilupa, apabila berada di ampaian, saya mengira berapa helai baju saya. Ada laa dalam 35 helai (rasanya) termasuk 6 pasang baju kurung, 11 panties, bla bla bla… Rajin ya saya?


P/s : Semua kering dalam 1 hari. Terima kasih Matahari. Lagu DEMI MATAHARI daya tujukan kepada Matahari. LOVE YOU!