Wednesday, September 2, 2009

ADUAN KEHILANGAN DIDIE !

WEDNESDAY 2/9/2009

ADUAN KEHILANGAN DIDIE !

Didie kemana? Kena culik? Ya! Abang beliau telah menculik beliau untuk pulang ke rumah menyambut kepulangan Kak Ona dari London. Saya ingin membuat aduan tentang kehilangan Didie ini…

Apa yang saya nak adukan?? Aduan saya mengenai KEBOHSANAN KEBOHJANAN DALAM KEDIAMAN INI !

Semalam time Didie balik, saya masih mamai. Hanya byebye Didie & Huda (yang balik bersama kerana tertinggal handphone beliau...ish ish ish). Byebye melalui tingkap jer sebab malas gila nak turun hantar sampai kereta. Saya ulang, saya masih MAMAI…

Lepas mereka pergi, saya rasa sunyi sangat-sangat. Taktau kenapa… Selalu kalau ada Didie ada juga kebisingan kenyaringan kegalakkan beliau. Dah laa petang tu saya tak pergi kelas. Ngantok sangat sampai nak muntah rasanya. (apa kaitan mengantuk dengan muntah?)

Seriously, saya tidak mampu berfikir. Esok kelas FIN 327 dan kelas FIN 320. Saya buat assignment yang lecturer bagi last week.

Dari pukul 9 malam sampai 2 pagi, saya hanya mampu makan dan buat 5 soalan jer. Mungkin inilah yang dikatakan, kalau kita bosan, kita tidak dapat membuat apa-apa. Walaupun tinggal berseorangan mungkin lebih tenang, tapi tidak pada kali ini bagi saya.

Lagi terasa kehilangan Didie bila time berbuka dia hantar mesej, “Nana selamat berbuka!”. Dah laa saya berbuka seorang diri didalam bilik. Walaupun saya tak kisah, tapi saya BOSAAANNN !!! Ada la sikit air mata keluar sebab kesunyian. Sikit jer...

Perempuan itu akan pulang pada hari Jumaat nanti. Itu pun untuk test FIN 344 dan pulang semula ke KL untuk cuti pada hujung minggu. Bukan main berholiday lagi dia ya? Tapi takpelah. Mungkin first day je saya begini. Hari berikutnya saya akan ditemani Najwa dan rakan-rakan yang lain. TENGKIYUP !!!


Kepada Didie : BALIK LAH DOOHHH !!! (Enjoy your holiday bebeh!)

No comments:

Post a Comment