Wednesday, September 2, 2009

PUASA SAYA

WEDNESDAY 2/9/2009

PUASA SAYA

Dah 2 minggu kita berpuasa ya? Sekejap jer masa berlalu. Dah tinggal lagi 2 minggu untuk dihabiskan.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Walaupun baju saya tengah berlambak dalam bakul tu… Saya masih mampu berpuasa dan berbelog. (apa kaitannya?)

Sorry kawan-kawan, saya ingin membuat pengakuan disini. Sebenarnya, first week puasa, saya TIDAK berpuasa. Perkataan TIDAK itu di ‘italic’ kan kerana ianya special.

Minggu ni baru saya mulakan puasa saya. Tapi dah 6 hari laa saya puasa. Banyak juga ya? Ehehe tetap nak tunjuk hebat.

Tapi pada minggu lepas, ramai yang bertanya, “Oit Nana! Ko puasa tak nie?”. Dengan bangga menipunya, saya jawab, “Oihh… mestilah aku puasa!”. Pergi bazaar dalam kat depan Admin UiTM tu pun macam dah 4 hari tak makan. Beli macam-macam.

Apa lagi nak dikata? Saya nie memang agak nakal ya? Semasa pergi kelas yang pertama dalam bulan puasa, saya memakai mask. Mengapa ya?

MINOR REASON =Saya batuk sikit. Risau ya H1N1..!

MAJOR REASON = Saya mengunyah chewing gum didalam mask.

Semasa mass lecture untuk kelas ENT, dah la datang lambat. Lecturer siap cakap, “Ya, selamat datang” kepada saya, Didie, dan seorang lagi pelajar lelaki. Dah laa ucapan itu diluahkan menggunakan microfon. Semua pandang laa… lepas itu, semua muka cam nak siku kepala saya kerana saya poyo sangat memakai mask. Padahal mereka tidak tahu yang saya ini batuk a.k.a. nak mengunyah.

Saya siap mengajak Atirah makan bersama. Sebab dia pun tak boleh berpuasa. Dia hanya mampu gelak dan redha dengan kelakuan kawannya ini…
Sekurang-kurangnya saya tidak tunjuk yang saya ini tidak berpuasa kepada semua orang. (Segelintir je yang tahu).


HISHHH!!!! TAUBAATT!!!


P/s : HAPPY RAMADHAN TO ALL !

1 comment:

  1. asal ko prangai lahanat sgt pkai mask utk makan chewing gum??
    syaiton!

    ReplyDelete