Saturday, August 15, 2009

TIPS UNTUK MENGHASILKAN VIDEO & AUDIO YANG HEBAT (seperti saya)

Saturday 15 Ogos 2009

TIPS UNTUK MENGHASILKAN VIDEO & AUDIO YANG HEBAT (seperti saya)

Here i come again bebeh! Yeahh!! I love acting! Setiap assignment saya, kalau boleh nak buat presentation berbentuk lakonan! Boleh??

Seperti yang lepas-lepas, banyak saya persembahkan Oral presentation saya dan disertakan bersama video lakonan sebagai sampingan supaya audiences saya tidak bosan!

Semestinya BOLEH kan? Sebab lakonan jugalah, saya mendapat extra marks! =P

Kalau yang lepas, saya dan rakan-rakan sibuk melakonkan watak untuk assignment Insurance tetapi tajuknya adalah Marine Insurance.

Kawan-kawan kelas semua gelak sakan melihat watak-watak kami yang penuh dengan make up yang over dan aksi yang mantap! Selain bijak mengedit, mungkin juga kerana adanya miming. Miming suara adalah "pembawa" utama lakonan kami menjadi tumpuan dan buah mulut masyarakat. (eceehh!)

KENAPA?
Ini kerana, suara yang perlahan tidak akan diminati. Malahan hanya membuatkan orang blur dan tak faham. Atau paling menghinakan adalah apabila audiences di belakang hanya akan ketawa apabila audiences di depan ketawa. Mereka mengikut ARUS GELAKAN maksudnya, MEMANG MENGHINAKAN...

Untuk menghasilkan video yang baik juga, editor perlulah menjadi seperti penonton! Dengan memikirkan, bagaimana jika sesuatu video yang anda tonton tidak dapat dilihat dengan jelas? Adakah anda berminat untuk menyaksikannya sesebuah cerita hingga habis sedangkan anda tidak faham apa-apa?

Oleh itu, saya ada 16 tips untuk menghasilkan video "murahan" TETAPI menarik. Sila baca :

1. Untuk lebih menarik, diawal video biarlah ada intruduction dari company video. Pinjan sahaja dari mana-mana video yang sedia ada. Saya suka menggunakan "20TH CENTURY FOX". Baru gempak. Pinjam je tau! Jangan kecoh-kecoh! Nanti kena saman! haha...

2. Pastikan video anda bermula dari suatu sudut yang menarik. Contohnya, sekiranya lakonan anda hanyalah didalam toilet, jangan tunjukkan lubang jamban itu ya! Gunakan dinding didalam toilet yang cantik-cantik, TANPA memasukkan "wajah indah jamban".

3. Pastikan video anda berseni. Sekiranya sesuatu watak yang sedang dilakonkan sedang berjalan sambil bercakap dan memegang aiskrim, apa salahnya jika anda memulakan video itu dari kaki yang sedang berjalan kemudian naik ke muka yang sedang berkomunikasi. Atau anda juga boleh memulakannya dari aiskrim yang anda pegang itu, seterusnya kearah wajah yang sedang berkata-kata. Itulah dikatakan dengan seni.

4. Pastikan video anda mengikut rentak lakonan. Sekiranya anda melakonkan watak yang sedang berperang atau berada diatas kapal yang sedang terumbang-ambing, gegarkan sedikit kamera anda. Ini adalah penting supaya penonton turut merasakan gegaran dan kekalutan yang sedang pelakon hadapi.

5. Sekiranya anda perlu melakonkan watak sedih, jangan buat muka tangisan yang TERLALU BURUK. Ini kerana, wajah menangis yang terlalu buruk akan membuatkan penonton berasa JELIK. Overacting also not good for your health! Menangislah anda dengan ikhlas dan wajah sebenar walaupun wajah menangis anda buruk bebenor! (menghayati watak dengan sempurna).

6. Sekiranya anda perlu melakonkan watak gembira, silalah gembira dan keluarkan suara yang gembira. Jangan hanya keluarkan suara ketawa tetapi wajah seperti komander KESAT.

7. Berlakon di tengah panas. Matahari amat membantu dari segi pencahayaan (Terima kasih Matahari). Namun, adakalanya berlakon dengan matahari yang amat terik boleh membuatkan video anda menjadi silau. Silau boleh terjadi sekiranya anda merakamkan lakonan didalam kereta tetapi cameraman berada di luar kereta. Oleh itu, pantulan cahaya matahari terkelihatan dari atas cermin kereta. Selain cermin kereta, pantulan cahaya yang silau dan menyakitkan mata juga boleh terjadi jika pelakon anda berdahi luas. Sila gunakan payung.

8. Berlakon di waktu malam. Sila gunakan camera yang berkualiti. Jika tidak, video anda di kawasan gelap akan kelihatan BLUR dan bergaris-garis.

9. Sekiranya anda perlu melakonkan watak kena langgar kereta, anda TIDAK PERLU betul-betul mati untuk menghidupkan watak tersebut. Anda boleh melakonkan watak sebagai mangsa langgar kereta dengan selamat. Bagaimana?

Si pemandu kereta hanya perlu berpura-pura melanggar anda tetapi pada kelajuan 10km sejam. Dengan menggunakan perisian seperti Apex Converter 8.14, anda boleh melajukan video bitrate tersebut. Oleh itu, video anda akan kelihatan amat laju.

Untuk mendownload Converter, anda bolehlah memilih jenama converter seterusnya convert mereka dengan senang hati di freesharewaredepot.com atau klik sahaja pada kemudahan yang disediakan ada disini --> http://www.freesharewaredepot.com/latest_19.html

10. Pakaian yang bersesuaian. Jika berlakon di tempat yang panas terik (seperti padang pasir), jangan menggunakan pakaian terang seperti kuning GOLD dihiasi pula dengan labucci-labucci yang berkelip-kelip. YUCK! nak muntah.
Keadaan yang lain pula, jangan POYO nak berlakon berbaju sejuk berbulu-bulu ketika panas terik ya! Dan yang paling penting, jangan terlalu seksi ya! =P

11. Sila menggunakan bahasa yang bersesuaian. Untuk mempersembahkan sesuatu video yang menarik dan mudah difahami, gunakan bahasa yang mudah, jelas, dan menggayakan kata-kata (body language). Jangan mencarut didalam video supaya markah anda tidak di potong! =P (tahu lahh tu kannn...).

Namun, sekiranya anda melakonkan watak marah, mencarut adalah PERLU bagi menghidupkan kemarahan anda. Oleh itu, sila gunakan "tuuutttt" semasa mengedit...
Contohnya, "Hoii!! Kau nie memang tuuuttt...dasar anak tuuutttt" (faham ya!)

12. Tidak perlu menjerit supaya suara anda didengari (terutama apabila menggunakan telefon bimbit). Mengapa? Ini kerana anda boleh me-miming-kan video anda dengan menggunakan perisian Adobe Premiere, Macromedia Director, atau Sound Forge.

Perisian-perisian ini antara 'basic software' yang mampu membantu anda dalam mengedit audio. Jika anda tidak pernah mendengar atau tidak tahu apakah software-software yang saya suggestkan ini, anda juga boleh menggunakan Windows Movie Maker. Disitu anda boleh klik pada "import audio or music". (Yang lain sila explore sendiri).

Tetapi, sekiranya anda masih tidak pernah mendengar nama software ini, lebih baik anda mati.

13. Menggunakan sound effect yang menarik dan bersesuaian. Sekiranya watak anda sedanag berlawan pedang dengan musuh. Masukkan bunyi pedang yang sedang berlawan. Dari mana untuk mendapatkannya? Anda bolehlah meng-explore CD Game adik anda dan copy semua sound effects yang disediakan untuk game tersebut (seperti yang saya buat). Sudah semestinya, jika anda mahukan bunyi pedang, cari dari CD game yang ada lawan. BUKAN game Barbie ya!

14. Memasukkan sari kata yang skema. Sekiranya anda berlakon didalam bahasa Melayu, biasanya anda akan memasukkan sari kata bahasa Inggeris (macam cerekarama TV3).
Begitu juga sebaliknya. Apa yang perlu, sekiranya anda berlakon dalam bahasa Inggeris dan menulis sari kata dalam bahasa Melayu, gunakan ejaan yang betul dan skema.
Contohnya pelakon menyebut,"Why do you love me?".
Sila tulis,"Kenapa/Mengapa awak suka akan saya?" atau "Mengapa awak menyintai saya?".
Bukan "Kenape awak suke sayer?" atau "Knape awk ske sy?".

Kita di sekolah belajar mengeja dengan betul kannn... (pandai anak mak).

15. Jangan sekali-kali lupa untuk memasukkan nama-nama pelakon dan krew-krew yang terlibat. Dari situ, penonton akan kenal, siapa yang memegang watak tertentu. Keadaan ini juga memudahkan mereka untuk memuji atau menghina lakonan para pelakon. Gunakan font yang mudah untuk difahami (saya suka gunakan Comic Sans MS).

16. Paling utama (last but not least), SILA DENGAR KATA PENGARAH! Jangan banyak mulut ya! Walaupun tiada gaji, sesebuah tugasan yang dilakukan dengan bersatu hati dan mendengar kata ketua akan memudahkan kita untuk menyiapkan tugasan tersebut. Dah macam belajar MGT162 lah pulak! Haha

Sekian sahaja Kelas Lakonan dari saya. Selamat mencuba!

p/s : Baca blog seterusnya untuk melihat gambar-gambar sepanjang lakonan LIFE INSURANCE kami... T.Q!

LIFE INSURANCE acting !

Saturday 15 Ogos 2009

Yaa! Sudah baca tips untuk menghasilkan video murahan yang hebat? Disini adalah gambar lakonan saya dan kawan-kawan kumpulan assignment saya.

Kami berlakon mengenai LIFE INSURANCE.

Begini ceritanya :

Pada suatu hari, 2 orang perempuan gedik baru balik dari membeli-belah. Disalingkan part kena mengorat, hampir dilanggar kereta, dan lain-lain, akhirnya salah seorang daripada mereka pun dilanggar kereta.

Kereta tersebut merupakan kereta milik seorang bapa yang sedang gembira untuk membawa 2 anak perempuannya untuk pergi berpicnic ke tepi pantai.

Namun, suasana yang terlalu bising didalam kereta dengan kebisingan anak-anak dan juga kekalutan si isteri untuk menyuapkan makanan telah menyebabkan si bapa gagal memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pemanduan.

Akhirnya, telah melanggar salah seorang gadis gedik yang baru sahaja pulang dari membeli-belah.

Persoalan : Dapatkah mangsa menuntut ganti rugi atas kemalangan yang dihadapinya? Bagaimana caranya untuk menuntut ganti rugi?



Credit to Didie for helping me and lending me her shoes!


Thank you to Nadia for helping me to be DATIN.


Para pelakon masih wangi sebelum berlakon ya...


Kami lah 2 perempuan GEWDIX itu !


Setelah habis berlakon

Nantikan kemunculan drama bersiri Life Insurance : Can claim or not and How to claim?

Insya`allah nanti saya cuba masukkan video yang telah siap ya!

p/s : Silalah update Blog saya SELALU ! =)

Wednesday, August 12, 2009

QUARANTINO !

KHAMIS 13 OGOS 2009

Haii... Selamat kembali ya! Maaf kerna sejak kebelakangan ini, saya kurang sihat dan mungkin juga MALAS untuk berbelog. Hari ini, saya mahu bercerita lagi! Yea, hobi saya memang bercerita!! Mengapa? Kerana saya adalah NANA...

Topik kita pada hari ini adalah H1N1.

Anda tahu apa itu H1N1?

Adakah H1N1 itu sejenis makanan yang mampu menaikkan nafsu seseorang yang tidak lapar terus menjadi kempunan dan seterusnya sentiasa mengidami makanan seperti itu?

Atau mungkinkah juga H1N1 ini sejenis binatang peliharaan yang jinak yang sentiasa bermanja-manja, menyendeng-nyendeng di bulu kaki kita sejurus selepas kita sampai di rumah setelah penat bekerja?

TIDAK!

Saya faham, anda biasanya amat sibuk bagi menyiapkan kerja dan tugasan masing-masing sehingga tidak tahu apakah yang sedang berlaku dalam dunia pada hari ini. Malahan, saya juga sentiasa tidak mengikuti perkembangan semasa.

Mari saya kenalkan anda semua bersama H1N1 yang amat POPULAR di masa kini :-

Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1).
Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?
Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan. Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema.

Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda :

* Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.

* Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.

* Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.

* Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Jika anda sakit anda perlu:-

* Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan.

* Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.

I sangat suka website ini --> http://tunasislam.blogspot.com/2009/07/apakah-selsema-babi-swine-flu-virus.html

silalah lawati ya!


SERAM YAA??

Selepas ini, rajin-rajin laa bukak Internet untuk menuntut ilmu atau mengetahui tentang sesuatu ya! Apalah gunanya teknologi kalau setiap kali nak mencari ilmu kena tunggu hujung minggu untuk tunggu Ayah bawa pergi Perpustakaan Negara kan? Teknologi kan aderr!

Tengah-tengah malam pun boleh bukak. Kalau Perpustakaan Negara tu, nak kena tunggu masa-masa tertentu baru boleh masuk dan mengadap Guards yang gila babi punya KEREK kat situ kan? (Last I pergi time Darjah 5 ok! I hate all Guards kat situ!) Tapi mungkin Guard pada masa kini sudah semakin baik? Mungkin ya? Mungkin mereka sudah mesra ya? Mungkin mereka sudah mendapat teguran dari pelbagai pihak mengenai KEKEREKKAN mereka ya? Atau mungkin gaji mereka telah dinaikkan supaya melayan pembaca buku - pembaca buku dengan baik dan mesra ya? Hishh... cerita Guard laa pulak! Gila annoying kan? hahaha




Ok ok... Now I will proceed to MY STORY


Mengenai H1N1 lagi, setelah UiTM Segamat, Johor juga telah di landa H1N1, KAMI semakin ALERT !

Pada minggu lepas, saya dan Didie bertemu Doktor di sebuah klinik terkemuka di dalam UiTM Segamat. Kami berasa tidak sedap badan. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami pun ingin "mengecheck" keadaan diri kami.

Sebaik tiba disana, Doktor ada kat Reception counter. Then, I asked doktor, "Doktor, boleh ke saya nak jumpa doktor nie.. Sebabnya saya nie batuk sikit-sikit jer. Takot nanti doktor ingat saya nie menggedik pulak!" <-- memang selamba kan? Doktor Ali yang baik hati menjawab, "Eh, takpe... Takde masalah!" (dengan wajahnya yang manis seperti madu).

Sesudah check. rupanya SEMUA yang jumpa doktor didapati telah mendapat MC sebanyak 3 hari! Terima Kasih Doktor Ali~ (padahal MC pada weekend, patutlah Doktor pemurah!).

Kemudian, saya dan Didie menelefon ibubapa masing-masing. Ibubapa kami menyuruh kami pulang! Walaupun sebenarnya MALASSSS gila nak balik, tapi balik jer lah! Melihat wajah ibubapa adalah lebih menenangkan daripada melihat jerebu-jereban di UiTM Segamat nie kann...

KAMI PUN PULANG !!!

Ya... Sepanjang perjalanan I tidur aje! Malas nak tanggung perjalanan yang membosankan. Disebabkan tidur terlalu nyenyak, Didie telah mengambil gambar I tidur yang AMAT HOT.

Sila lihat!



Ok FINE! I selalu chantek!

Alhamdulillah kami dah sihat wal`afiat. Kami BUKAN suspek!

p/s : Pada Sabtu pagi, I received message from Najwa Albi. Oh! H1N1 semakin MELIAR! Seorang pelajar perempuan Degree Level telah meninggal dunia kerana H1N1. Al-Fatihah. Keadaan semakin menyeramkan...

Sunday, August 2, 2009

Hari yang penuh bermakna (3 Episod)

Ahad (2 Ogos 2009)

EPISOD 1 : UiTM Segamat! Here I come!

Akhirnya I balik ke UiTM Segamat yang tenang dan sejuk. Dalam erti kata lain, bersedia untuk mandi air sejuk yang shower dia sangat selesa... Shower kat kolej I memang 2 in 1. Ia memandikan kita sambil mengurut badan dan kepala kita. Mana tak nyer, dia punye kepala air tu takde shower rain yang bintik-bintik tu! Semua shower I stock keluar pancut laju jer! Sedap ade, sakit pun ade (2 in 1). (Think Positive !)
AWAS : Kanak-kanak di bawah 13 tahun memerlukan pemerhatian dari orang dewasa ok!
I balik Segamat menumpang Didie yang dibawa abah dan mama dia yang HOT. Bukan sebab I menumpang so I puji-puji. Hey, I bukan jenis macam tu ye! I cakap benda betul... Mama Didie (she wants us to call her, Mak Long) memang awek muda! hoho... I rasa kalau I nie lelaki memang I nak berkenalan dengan Mak Long... Opps, sorry Uncle Zaizi! Gurau yer!
AWAS : Dilarang mengorat MAMA ORANG ok!

Sesampai di Segamat, kami pun mengemas dan tidur. Tiba-tiba si Najwa Albi tu mesej phone I tanya, "Nana, Didie bawak kereta tak? Ingat nak ajak pi buat surprise party untuk birthday Wawa" (lelaki = boyfriend beliau).
Then, I cakap la, "Didie tak bawak kereta. Abah dia yang hantar kitaorang."

Keadaan tersebut membuatkan kami terpaksa menyewa kereta dari seorang pemilik kenderaan yang mana tuannya berada di Negeri Sembilan. So, kawan dia yang tolong manage the business. (ayat macam business besar).

Kami pun OUTING !


Dari kiri : Nana, Najwa, Didie

p/s : I kuar kat Segamat memang sopan dan ayu oke! Awww~~


EPISOD 2 : DI RUMAH WAWA

Konon-konon surprise party padahal Wawa dah nampak dari dalam rumah. However, Wawa has been ignored by his friends! (Kau tetap terkena).

Kami pun makan KFC yang telah dibeli oleh Najwa Albi di Segamat. Sedap sungguh ya? Tak sangka! (Padahal makan time lapar)

Mereka pun turut gembira. Dan kami mengabadikan kenangan bersama.





CLICK !!!










Dari kiri : Wawa, Apit, Pacak (abg supplement), dan Ali.


Macam orang tak makan 6 minggu.


Abang Pacak tu jual supplement. Badan dia ada 6 ketul daging yang terbonjol. Sila lihat laman web supplement yang beliau jual.
Tidak lama kemudian, kami pun pulang. Takot nanti pakcik Guard marah la!

Byebye rumah Wawa dan HAPPY BIRTHDAY !



EPISOD 3 : On the way to UiTM tercinta


Balik lah kami dengan ceria dan kenyang. Siap gelak-gelak lagi time Didie bawak kereta laju gila pastu langgar bumper yang menyebabkan kepala I terhantuk kat bumbung kereta. WTF !

Time I tengah cakap phone dengan Iqbal, I perasan yang Didie bawak memang ditepi-tepi double line. Tapi, I yakin yang we still in our line.

Suddenly, something crashed on our car! Time tu masing-masing tengah teramat leka. Didie memang tak tahu apa-apa. Apatah lagi Najwa... Khayal dengan dunia dia dan Wawa.

Eventhough i was on the phone, I saw that a car with lambang Toyota dari arah bertentangan kami dan ketengah jalan seterusnya terlanggar side-mirror kami.I thought the mirror is just terlipat kedalam. Tapi rupa-rupanya, cermin pun pecah. OMG! Memang kosong tempat cermin tu.

Didie memang gelabah gila. Tapi as a co-driver I tenangkan beliau. Didie pun drive lagi. Sampai kat tepi kubur Cina tu..... POMMM!!! Cermin kereta kat driver side retak seribu. (Dah macam cerita hantu).

Tanpa berfikir panjang, kami pun singgah ke rumah Fairul yang betul-betul di kawasan tersebut. Fairul je yang asyik disusahkan! Kesian jugak mamat tu! Erm, time tu budak-budak course kami pun ada. Diaorang memang tinggal serumah. Popeye (nama orang tau) pun turut membantu we all.


Last-last dia kata, itu kereta senior dia yang tinggal serumah dengan dia. Tapi tuan tu memang kat Negeri Sembilan. OMG! But the things gonna be easy la. Popeye call the owner dan I cakap dengan dia. The owner macam gelabah dan masa yang sama bersabar la. Dah la kereta baru! hoho~
















Pastu kami pun bertekad untuk meninggalkan kereta di situ sahaja. Sebelum tinggalkan kereta, kami buang semua kaca dan tutop dengan surat khabar. Supaya tidak dimasuki sesuatu yang tidak diingini. Inilah hasilnya...








Kami tahu, kami kreatif! Tahniah kepada kami!





Kemudian, Popeye pun menghantar kami pulang ke kolej masing-masing...

T.Q Abang popeye!

Abang Popeye menjawab sama-sama



p/s : Mereka yang membantu ini mempunyai ciri-ciri sahabat yang sebenar =P

p/s : I amek masa hampir 4 jam untuk menyiapkan blog ini. Daripada Didie tidur-bangun-dan tidur semula. Baru I siap buat blog nie! huhuh! Slow kan? That one we call as a "LEARNING PROCESS"...

Chayok Chayok Nana !!!

Saturday, August 1, 2009

SALAM PERKENALAN

Assalammualaikum...



Hello everybody! My name is Aina Safiah Bt Mohd Nasir. I am 20 years old. I live in Keramat Wangsa, Kuala Lumpur. Most of my friends call me Nana. So, you guys also can call me Nana. I am a student of UiTM Segamat, Johore.

Alamak! Dah macam sesi perkenalan masa di sekolah rendah dulu kan? hahaha.

Perkara pertama yang ingin saya tulis adalah "Mengapa Nana menulis blog?"

Why? Before this I really don`t like to create any blog but I still remember when I was in part 3. Mizz Mazlyda ask all of us to create a blog, 2 persons (1 group), one blog for our 'company'. Company? I am very sure, you guys are curious what company do we have ya? It was one of our assignment. Didie and I were handling wedding planner company. haha (bajet gila time nie)

Oh! I really hate it! Maybe because I dont know how to update, how to check messages, or even to view comments that sent to us! <- eventhough all this shit is sent from our classmates sendiri! hahaha

I ingat lagi bila si Fairul (lelaki rajin memaklumkan sesuatu kepada kami) hantar mesej kat handphone semua orang (forward message). He told us, "Kepada pelajar C2, sila update blog anda sebelum isnin ini. Mizz Mazlyda akan check semua company punya blog. Kalau tak update, 1 group akan dipotong markah sebanyak 1". By that time, semua orang kelam-kabut online, pergi CC kat Zamrud tu semata-mata untuk update selama 5 minit. Hey! 1 markah tu amat bernilai tau!

Eh, I dah terkeluar dari topic of "Mengapa Nana menulis blog". Itu cerita dulu. Now, I realize that blog is one of the important place to meet your friends! Which your friends can catch up with your life even we don`t have time to chatting with each other! YEAH! (Semangat gila)

More over, my friends like Sufee, Iqbal, Anuar, and etc. amat menggalakkan I buat blog nie. I pun ada survey ramai orang punya blog! Semua menarik! Opps... Tipulah kalau SEMUA best...
But, I sangat teruja dengan blog-blog yang berisi dan sentiasa melontarkan idea yang bernas!
So, i decide to make a blog which is full with colours and ideas!

And the MOST important thing is through blog laa I boleh meluahkan perasaankan?

Erm, lastly (dah tak tahu nak cakap apa) I hope everybody can keep updating my blog by reading it every weekend (padahal I mengharap orang buka blog I everyday)...



-OUT!-

p/s : Gambar I time baby tu HOT gila kan? aww~ (Okay... Next time I put yang dewasa punya)