Saturday, August 15, 2009

TIPS UNTUK MENGHASILKAN VIDEO & AUDIO YANG HEBAT (seperti saya)

Saturday 15 Ogos 2009

TIPS UNTUK MENGHASILKAN VIDEO & AUDIO YANG HEBAT (seperti saya)

Here i come again bebeh! Yeahh!! I love acting! Setiap assignment saya, kalau boleh nak buat presentation berbentuk lakonan! Boleh??

Seperti yang lepas-lepas, banyak saya persembahkan Oral presentation saya dan disertakan bersama video lakonan sebagai sampingan supaya audiences saya tidak bosan!

Semestinya BOLEH kan? Sebab lakonan jugalah, saya mendapat extra marks! =P

Kalau yang lepas, saya dan rakan-rakan sibuk melakonkan watak untuk assignment Insurance tetapi tajuknya adalah Marine Insurance.

Kawan-kawan kelas semua gelak sakan melihat watak-watak kami yang penuh dengan make up yang over dan aksi yang mantap! Selain bijak mengedit, mungkin juga kerana adanya miming. Miming suara adalah "pembawa" utama lakonan kami menjadi tumpuan dan buah mulut masyarakat. (eceehh!)

KENAPA?
Ini kerana, suara yang perlahan tidak akan diminati. Malahan hanya membuatkan orang blur dan tak faham. Atau paling menghinakan adalah apabila audiences di belakang hanya akan ketawa apabila audiences di depan ketawa. Mereka mengikut ARUS GELAKAN maksudnya, MEMANG MENGHINAKAN...

Untuk menghasilkan video yang baik juga, editor perlulah menjadi seperti penonton! Dengan memikirkan, bagaimana jika sesuatu video yang anda tonton tidak dapat dilihat dengan jelas? Adakah anda berminat untuk menyaksikannya sesebuah cerita hingga habis sedangkan anda tidak faham apa-apa?

Oleh itu, saya ada 16 tips untuk menghasilkan video "murahan" TETAPI menarik. Sila baca :

1. Untuk lebih menarik, diawal video biarlah ada intruduction dari company video. Pinjan sahaja dari mana-mana video yang sedia ada. Saya suka menggunakan "20TH CENTURY FOX". Baru gempak. Pinjam je tau! Jangan kecoh-kecoh! Nanti kena saman! haha...

2. Pastikan video anda bermula dari suatu sudut yang menarik. Contohnya, sekiranya lakonan anda hanyalah didalam toilet, jangan tunjukkan lubang jamban itu ya! Gunakan dinding didalam toilet yang cantik-cantik, TANPA memasukkan "wajah indah jamban".

3. Pastikan video anda berseni. Sekiranya sesuatu watak yang sedang dilakonkan sedang berjalan sambil bercakap dan memegang aiskrim, apa salahnya jika anda memulakan video itu dari kaki yang sedang berjalan kemudian naik ke muka yang sedang berkomunikasi. Atau anda juga boleh memulakannya dari aiskrim yang anda pegang itu, seterusnya kearah wajah yang sedang berkata-kata. Itulah dikatakan dengan seni.

4. Pastikan video anda mengikut rentak lakonan. Sekiranya anda melakonkan watak yang sedang berperang atau berada diatas kapal yang sedang terumbang-ambing, gegarkan sedikit kamera anda. Ini adalah penting supaya penonton turut merasakan gegaran dan kekalutan yang sedang pelakon hadapi.

5. Sekiranya anda perlu melakonkan watak sedih, jangan buat muka tangisan yang TERLALU BURUK. Ini kerana, wajah menangis yang terlalu buruk akan membuatkan penonton berasa JELIK. Overacting also not good for your health! Menangislah anda dengan ikhlas dan wajah sebenar walaupun wajah menangis anda buruk bebenor! (menghayati watak dengan sempurna).

6. Sekiranya anda perlu melakonkan watak gembira, silalah gembira dan keluarkan suara yang gembira. Jangan hanya keluarkan suara ketawa tetapi wajah seperti komander KESAT.

7. Berlakon di tengah panas. Matahari amat membantu dari segi pencahayaan (Terima kasih Matahari). Namun, adakalanya berlakon dengan matahari yang amat terik boleh membuatkan video anda menjadi silau. Silau boleh terjadi sekiranya anda merakamkan lakonan didalam kereta tetapi cameraman berada di luar kereta. Oleh itu, pantulan cahaya matahari terkelihatan dari atas cermin kereta. Selain cermin kereta, pantulan cahaya yang silau dan menyakitkan mata juga boleh terjadi jika pelakon anda berdahi luas. Sila gunakan payung.

8. Berlakon di waktu malam. Sila gunakan camera yang berkualiti. Jika tidak, video anda di kawasan gelap akan kelihatan BLUR dan bergaris-garis.

9. Sekiranya anda perlu melakonkan watak kena langgar kereta, anda TIDAK PERLU betul-betul mati untuk menghidupkan watak tersebut. Anda boleh melakonkan watak sebagai mangsa langgar kereta dengan selamat. Bagaimana?

Si pemandu kereta hanya perlu berpura-pura melanggar anda tetapi pada kelajuan 10km sejam. Dengan menggunakan perisian seperti Apex Converter 8.14, anda boleh melajukan video bitrate tersebut. Oleh itu, video anda akan kelihatan amat laju.

Untuk mendownload Converter, anda bolehlah memilih jenama converter seterusnya convert mereka dengan senang hati di freesharewaredepot.com atau klik sahaja pada kemudahan yang disediakan ada disini --> http://www.freesharewaredepot.com/latest_19.html

10. Pakaian yang bersesuaian. Jika berlakon di tempat yang panas terik (seperti padang pasir), jangan menggunakan pakaian terang seperti kuning GOLD dihiasi pula dengan labucci-labucci yang berkelip-kelip. YUCK! nak muntah.
Keadaan yang lain pula, jangan POYO nak berlakon berbaju sejuk berbulu-bulu ketika panas terik ya! Dan yang paling penting, jangan terlalu seksi ya! =P

11. Sila menggunakan bahasa yang bersesuaian. Untuk mempersembahkan sesuatu video yang menarik dan mudah difahami, gunakan bahasa yang mudah, jelas, dan menggayakan kata-kata (body language). Jangan mencarut didalam video supaya markah anda tidak di potong! =P (tahu lahh tu kannn...).

Namun, sekiranya anda melakonkan watak marah, mencarut adalah PERLU bagi menghidupkan kemarahan anda. Oleh itu, sila gunakan "tuuutttt" semasa mengedit...
Contohnya, "Hoii!! Kau nie memang tuuuttt...dasar anak tuuutttt" (faham ya!)

12. Tidak perlu menjerit supaya suara anda didengari (terutama apabila menggunakan telefon bimbit). Mengapa? Ini kerana anda boleh me-miming-kan video anda dengan menggunakan perisian Adobe Premiere, Macromedia Director, atau Sound Forge.

Perisian-perisian ini antara 'basic software' yang mampu membantu anda dalam mengedit audio. Jika anda tidak pernah mendengar atau tidak tahu apakah software-software yang saya suggestkan ini, anda juga boleh menggunakan Windows Movie Maker. Disitu anda boleh klik pada "import audio or music". (Yang lain sila explore sendiri).

Tetapi, sekiranya anda masih tidak pernah mendengar nama software ini, lebih baik anda mati.

13. Menggunakan sound effect yang menarik dan bersesuaian. Sekiranya watak anda sedanag berlawan pedang dengan musuh. Masukkan bunyi pedang yang sedang berlawan. Dari mana untuk mendapatkannya? Anda bolehlah meng-explore CD Game adik anda dan copy semua sound effects yang disediakan untuk game tersebut (seperti yang saya buat). Sudah semestinya, jika anda mahukan bunyi pedang, cari dari CD game yang ada lawan. BUKAN game Barbie ya!

14. Memasukkan sari kata yang skema. Sekiranya anda berlakon didalam bahasa Melayu, biasanya anda akan memasukkan sari kata bahasa Inggeris (macam cerekarama TV3).
Begitu juga sebaliknya. Apa yang perlu, sekiranya anda berlakon dalam bahasa Inggeris dan menulis sari kata dalam bahasa Melayu, gunakan ejaan yang betul dan skema.
Contohnya pelakon menyebut,"Why do you love me?".
Sila tulis,"Kenapa/Mengapa awak suka akan saya?" atau "Mengapa awak menyintai saya?".
Bukan "Kenape awak suke sayer?" atau "Knape awk ske sy?".

Kita di sekolah belajar mengeja dengan betul kannn... (pandai anak mak).

15. Jangan sekali-kali lupa untuk memasukkan nama-nama pelakon dan krew-krew yang terlibat. Dari situ, penonton akan kenal, siapa yang memegang watak tertentu. Keadaan ini juga memudahkan mereka untuk memuji atau menghina lakonan para pelakon. Gunakan font yang mudah untuk difahami (saya suka gunakan Comic Sans MS).

16. Paling utama (last but not least), SILA DENGAR KATA PENGARAH! Jangan banyak mulut ya! Walaupun tiada gaji, sesebuah tugasan yang dilakukan dengan bersatu hati dan mendengar kata ketua akan memudahkan kita untuk menyiapkan tugasan tersebut. Dah macam belajar MGT162 lah pulak! Haha

Sekian sahaja Kelas Lakonan dari saya. Selamat mencuba!

p/s : Baca blog seterusnya untuk melihat gambar-gambar sepanjang lakonan LIFE INSURANCE kami... T.Q!

1 comment:

  1. oleh kerana saudari mempunyai kepakaran dalam membikin video..
    pihak kami dgn rendah diri dan penuh dgn rasa kesopanan dan kesusilaan ingin menggunakan khidmat kreatif dan professional saudari dlm membantu krew kami dalam menghasilkan video utk subjek MKT..
    yaa kami perlu membuat video utk mempromosikan produk kami..
    jikalau saudari mempunyai kelapangan waktu dan ingin menambah saham akhirat (pahala) sila katakan YA =D..namun kami tidak memaksa..
    terserah anda..
    projek ini perkara benar bukan omong2 kosong..

    ReplyDelete