Haii... Selamat kembali ya! Maaf kerna sejak kebelakangan ini, saya kurang sihat dan mungkin juga MALAS untuk berbelog. Hari ini, saya mahu bercerita lagi! Yea, hobi saya memang bercerita!! Mengapa? Kerana saya adalah NANA...
Topik kita pada hari ini adalah H1N1.
Anda tahu apa itu H1N1?
Adakah H1N1 itu sejenis makanan yang mampu menaikkan nafsu seseorang yang tidak lapar terus menjadi kempunan dan seterusnya sentiasa mengidami makanan seperti itu?
Atau mungkinkah juga H1N1 ini sejenis binatang peliharaan yang jinak yang sentiasa bermanja-manja, menyendeng-nyendeng di bulu kaki kita sejurus selepas kita sampai di rumah setelah penat bekerja?
TIDAK!
Saya faham, anda biasanya amat sibuk bagi menyiapkan kerja dan tugasan masing-masing sehingga tidak tahu apakah yang sedang berlaku dalam dunia pada hari ini. Malahan, saya juga sentiasa tidak mengikuti perkembangan semasa.
Mari saya kenalkan anda semua bersama H1N1 yang amat POPULAR di masa kini :-
Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1).
Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.
Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.
Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?
Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan. Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.
Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.
Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.
Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema.
Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda :
* Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
* Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
* Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
* Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
Jika anda sakit anda perlu:-
* Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan.
* Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.
I sangat suka website ini --> http://tunasislam.blogspot.com/2009/07/apakah-selsema-babi-swine-flu-virus.html
silalah lawati ya!
SERAM YAA??
Selepas ini, rajin-rajin laa bukak Internet untuk menuntut ilmu atau mengetahui tentang sesuatu ya! Apalah gunanya teknologi kalau setiap kali nak mencari ilmu kena tunggu hujung minggu untuk tunggu Ayah bawa pergi Perpustakaan Negara kan? Teknologi kan aderr!
Tengah-tengah malam pun boleh bukak. Kalau Perpustakaan Negara tu, nak kena tunggu masa-masa tertentu baru boleh masuk dan mengadap Guards yang gila babi punya KEREK kat situ kan? (Last I pergi time Darjah 5 ok! I hate all Guards kat situ!) Tapi mungkin Guard pada masa kini sudah semakin baik? Mungkin ya? Mungkin mereka sudah mesra ya? Mungkin mereka sudah mendapat teguran dari pelbagai pihak mengenai KEKEREKKAN mereka ya? Atau mungkin gaji mereka telah dinaikkan supaya melayan pembaca buku - pembaca buku dengan baik dan mesra ya? Hishh... cerita Guard laa pulak! Gila annoying kan? hahaha
Ok ok... Now I will proceed to MY STORY
Mengenai H1N1 lagi, setelah UiTM Segamat, Johor juga telah di landa H1N1, KAMI semakin ALERT !
Pada minggu lepas, saya dan Didie bertemu Doktor di sebuah klinik terkemuka di dalam UiTM Segamat. Kami berasa tidak sedap badan. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami pun ingin "mengecheck" keadaan diri kami.
Sebaik tiba disana, Doktor ada kat Reception counter. Then, I asked doktor, "Doktor, boleh ke saya nak jumpa doktor nie.. Sebabnya saya nie batuk sikit-sikit jer. Takot nanti doktor ingat saya nie menggedik pulak!" <-- memang selamba kan? Doktor Ali yang baik hati menjawab, "Eh, takpe... Takde masalah!" (dengan wajahnya yang manis seperti madu).
Sesudah check. rupanya SEMUA yang jumpa doktor didapati telah mendapat MC sebanyak 3 hari! Terima Kasih Doktor Ali~ (padahal MC pada weekend, patutlah Doktor pemurah!).
Kemudian, saya dan Didie menelefon ibubapa masing-masing. Ibubapa kami menyuruh kami pulang! Walaupun sebenarnya MALASSSS gila nak balik, tapi balik jer lah! Melihat wajah ibubapa adalah lebih menenangkan daripada melihat jerebu-jereban di UiTM Segamat nie kann...
KAMI PUN PULANG !!!
Ya... Sepanjang perjalanan I tidur aje! Malas nak tanggung perjalanan yang membosankan. Disebabkan tidur terlalu nyenyak, Didie telah mengambil gambar I tidur yang AMAT HOT.
Sila lihat!
Ok FINE! I selalu chantek!
Alhamdulillah kami dah sihat wal`afiat. Kami BUKAN suspek!
p/s : Pada Sabtu pagi, I received message from Najwa Albi. Oh! H1N1 semakin MELIAR! Seorang pelajar perempuan Degree Level telah meninggal dunia kerana H1N1. Al-Fatihah. Keadaan semakin menyeramkan...
No comments:
Post a Comment