Saturday, November 14, 2009

I am back!

Saturday
15/11/2009

Wah! Final exam sudah habis selasa lepas. Minta maaf atas "peninggalan blog" sejak sebulan yang lepas. Saya amat amat amat bz... Apa yang membuatkan saya bz agaknya?

ENT 300 - PRESENTATION FOR "SMILE AND SNAP SDN. BHD."
TEST 2
FINAL

Wah! Penat sangat sangat sangat! Mungkin ini adalah NATIJAHNYA manusia yang suka menangguh kerja. Bersenang-senang dahulu, Bersusah-susah kemudian.
Harap benda ini tidak berulang lagi.

Selepas kertas exam yang terakhir iaitu pada Selasa (10/11/2009) yang lepas, tamatlah saya sebagai pelajar part 5 di UiTM Segamat, Johor. Alhamdulillah...
Saya harap pointer menaik lagi!

Sejurus habis final, apa lagi? Balik KL lahh! Jangan kau buang masa lagi! haha...
Balik pada semester kali ini, ayah dan mama datang amik. Wahh! Manja-manja gituw~

Pada hari rabu, saya memang tido menelentang macam orang yang tak pernah dapat tido 6 bulan! Tido jerrr... Kehidupan cuti semester saya bermula pada hari Khamis (12/11/2009).

Pada hari Khamis yang lalu, saya pergi karaoke. Dalam bulan ini saja, saya dah pergi karaoke lebih dari 4 kali. Sebelum final, Semasa final, dan Selepas final. Adakah saya ditakdirkan untuk menjadi penyanyi? hahaha...

Jumaat (13/11/2009), duduk rumah, jaga kain, kemas rumah. Lagi apa? MELEPET...

Sabtu (14/11/2009), pergi kenduri kawin kawan mama dan melayan mama kat rumah. Pada petang hingga malam, saya tidur lagi. Dan memulakan kehidupan sebagai BLOGGER semula. =)

SIMPLE LIFE!

p/s : Saya akan update blog saya lagi dan lagi... =)

2 comments:

  1. bagus2..
    terupdate jua blog berlapuk yg lama ditinggalkan..
    haishh

    ReplyDelete